Isnin, 22 April 2013

MAKAN TENGAHARI bersama 4 Ikhtisas....hidangan mudah


Inilah hasil masakan 4 Ikhtisas....hidangan makan tengahari yang simple, jus epal bersama mee udang...
komen cikgu....
Mulai hari ini belajarlah membiasakan diri bekerja  di dapur kerana ada di antara  pelajar yang masih belum tahu memotong sayur, menghiris cili, memotong limau kasturi, mencelur mee  dan menggunakan alatan penjimat masa (pengisar/blender)..... Nak menggunakan mesin pembuat jus ( fruit juicer ), kalau tak tahu tak mengapa sebab bukan semua orang mampu memilikinnya , lagi pula ianya bukanlah peralatan yang perlu ada di setiap rumah.
Dan kini sedikit daripada  pengalaman kerja itu telah ditimba, harap-harap dapat dimanfaatkan dalam kehidupan.

Antara hasil pelajar dari 2 kumpulan

Perancangan kerja amat penting dalam amali masakan kerana ia melibatkan pengurusan masa. Jika tiada perancangan yang baik  pengurusan kerja jadi tidak teratur dan ini memberi kesan kepada  penggunaan masa .Masa yang telah ditetapkan akan tersasar dari yang sepatutnya.

ini hasil dari kumpulan yati, wani, farah dan fazira

Komen daripada guru dan kakitangan yang telah merasai hidangan ini......

SEDAPP.........!!

Apa-apapun TAHNIAH  !!  untuk 4 IKHTISAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan