Memaparkan catatan dengan label amali masakan tingkatan 5. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amali masakan tingkatan 5. Papar semua catatan

Rabu, 24 Oktober 2012

HIDANGAN KERAIAN- MAJLIS AKHIR TAHUN BERSAMA 5 ERT

Hari ini termakbul hajat pelajar 5ERT untuk memasak..setelah asyik tertangguh saja... Mereka bernasib baik kerana guru masa P&P untuk PJ,Sains dan Sejarah merelakan waktu mereka diambil..Waktu ERT nanti pada minggu hadapan Cikgu Rozidi akan ambil semula untuk mengajar sains..Itulah perjanjiannya.
Tema amali kali ini ialah menyediakan hidangan keraian-majlis jamuan akhir tahun, yelah....sesuai dengan masa dan saat ini..5 November pelajar-pelajar ini akan mula menduduki SPM.Inilah saat-saat terakhir mereka akan berada di SMKAI. Jadi saya ucapkan semoga berjaya untuk semua..
 Akhirnya....berjaya juga pelajar 5ERT  menyiapkan cabaran memasak untuk hidangan keraian
Tersenyum puashati....


Amboi khusyuknya...Double F menyiapkan kuih cara berlauk





ayu dan athirah



masita-kalau boleh potong macam kat  hotel tu tau...

thenmoli mana Nirmala..?...dia takut buat amali ke?
fatihah dan ain tukang masak untuk main dish- sayangnya kuali kita kecik, susah nak masak kan...
tahun depan cari stok baru



Guru media, Tn Hj. Abd.Nasir turut hadir meraikan


bersama guru jadual waktu. Pn Sainah & P.Haniza,guru BI










Khamis, 21 Jun 2012

Sajian Minum Petang

Minggu ini bermulalah amali masakan bagi semua tingkatan..Menu untuk tingkatan 5 ialah sajian minum petang. Tahun lepas dah buat menu yang sama tapi disebabkan pelajar belum mencapai tahap mereka perlu ulang semula sehingga berjaya dan cikgu puashati..
............dan hasilnya... Ya Allah...korang ni masuk pertandingan memasak ke amali memasak...Memang kalau diberi kebebasan untuk berkreativiti, diorang ni takkan biarkan kumpulan lain hebat...diorang nak lebih hebat...hebat tang mana tu...????
.....Mari tengok apa yang berlaku....dari segi persembahan tu....
Eh....kulit limau tu tak sesuai untuk hiasan sebab ianya tak boleh dimakan, ...ingat tu..