Khamis, 21 Julai 2011

SAJIAN TENGAHARI -menu utk kanak-kanak

kumpulan rozita, amanina dan shamira

 

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


• 1/2 ekor ayam.dipotong kecil(kalo ramai lebihkan ayam)

• 1 labu bawang besar-di potong bulat

• 2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah&sedikit halia-ditumbuk

• 2 biji lada merah/hijau-di potong

• Minyak utk menggoreng&menumis

• Sedikit air asam jawa

• Kicap masin&kicap manis-secukup rasa

• Air

• 1 biji tomato-potong 6

Cara-cara

1. Goreng ayam yg telah dibubuh garam&kunyit.Goreng sehingga kekuningan.Ketepikan.

2. Panaskan minyak didalam kuali,Tumis bahan2 yg telah ditumbuk.Masukkan juga bawang besar dan air asam jawa.

3. Masukkan kedua2 kicap..jgn terlalu byk takut masin.Masukkan sedikit air kalau ingin kuah yg byk.

4. Akhir sekali,masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama cili merah&tomato yg telah dipotong

Rabu, 20 Julai 2011

air barli

kumpulan 4 serangkai- fatin, zuriati,.....

Air barli


Bahan-bahan ( 5-6 gelas )

• 1 paket kecil buah barlie

• 2 cawan gula

• 3 -4 jag air (1 periuk sederhana) atau lebih

Cara-cara

1. Basuh dan rendam barli untuk seketika. Masak Barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih... sehingga barli tu kelihatan putih serta air akan bertukar warna putih. Angkat. Boleh di minum secara suam-suam panas atau sejuk. **Rebus barli dari air penuh satu penuh sehingga menjadi setengah periuk sederhana, jika perlu tambah air**

2. Note: Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli


Isnin, 18 Julai 2011

solok ikan-

kumpulan syafiqah, lin

Bahan-bahan:


2 ekor ikan kembung

1/2 biji kelapa parut putih

10 ulas bawang merah - tumbuk

2 ulas bawang putih - tumbuk

1 hiris halia - tumbuk

1 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Ikan dipotong dua, buang tulang tengah dan dikikis (jangan sampai terkoyak kulitnya).

2. Kukus isi ikan dan tumbuk. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk lain. Masukkan kelapa parut, telur, garam dan gula hingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan digoreng.


Sabtu, 16 Julai 2011

Tauhu sumbat--untuk ibu yang menyusukan anak

kumpulan : shafiqah,


Sumber resipi : internet
Bahan-bahan ( 2 orang )


• utk tauhu;

• tauhu

• garam dan kunyit

• inti tauhu;

• sengkuang (potong halus memanjang)

• timun (potong halus memanjang)

• lobak merah (potong halsu mamanjang)

• cili merah (potong secara memanjang)

• Kubis (potong halus)

• taugeh

Cara-cara

1. Tauhu; gaulkan garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng sehingga kekuningan

2. Inti; Celurkan semua sayur ke dalam air panas dan toskan. Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu sumbat yang telah di belah tengah, lihat seperti di dalam gambar di atas.

3. Sos; Blend cili merah bersama tomato, gula , cuka dan garam. Siap. **Jika suka masak dulu masaklah sos ini lebih kurang 10-15 minit**

Hidangkan bersama sos cili.

Jumaat, 15 Julai 2011

Nasi ulam -sajian untuk ibu meyusukan anak


Sumber : internet
Bahan-bahan ( 4 orang )


• 600 gm nasi yang telah disejukkan

• 40 gm ikan bilis

• 40 gm bawang merah

• 3 helai daun mengkudu

• 3 helai daun kaduk

• 5 helai daun pegaga

• 5 helai daun ulam raja

• 3 helai daun sekentut

• sebatang serai (diracik halus-halus)

• 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)

• 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.

2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.

3. Mayang bawang merah halus-halus.

4. Ambil nasi yang sejuk.

5. Jika ada yang berketul,pecahkan.

6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.

7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.

8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.


Khamis, 14 Julai 2011