Selasa, 30 Oktober 2012

Siapa bakal menerima hamper hadiah ini???

Sepanjang tahun 2012, kuiz ERT telah dilaksanakan di peringkat kelas 5ERT melibatkan 4 kumpulan..Esok adalah hari terakhir kuiz dan penentu siapakah yang bakal mendapat hadiah.....Kuiz ini dilaksanakan dalam waktu P&P mengambil masa yang singkat di akhir kelas. Markah telah dikumpul dari masa ke semasa sehinggalah hari esok. Setiap kumpulan perlu bersaing dan markah yang diperolehi adalah daripada jawapan secara berkumpulan dan juga daripada sumbangan individu untuk kumpulan. Jadi tidak berlaku hanya individu yang bijak sahaja memberi sumbangan markah tetapi penyertaannya melibatkan semua tidak kira pelajar yang cemerlang, sederhana ataupun lemah.

Pada mulanya kuiz ini dibuat  sekadar suka-suka untuk mengelakkan daripada pelajar bosan, namun akhirnya pelajar kian bersemangat apatah lagi cikgu menjanjikan dengan hadiah kepada kumpulan yang terbaik...
Pelajar yang lemah kini menujukkan peningkatan...harap-harap berterusan sampai SPM nanti!
HADIAH TEMPAT PERTAMA

HADIAH TEMPAT KEDUA

HADIAH BONUS- KUIZ HARI RAYA (JUARA)

Dapat minum jus tembikai yang disediakan oleh fareha,suhada, fatihah,farah, masita & ain
(tembikai lebihan amali masak minggu lepas)....cikgu tengah selsema ni...adui...minum je la...dahaga punya pasal.

 
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan