Memaparkan catatan dengan label menu kumpulan tertentu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu kumpulan tertentu. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

Tauhu sumbat--untuk ibu yang menyusukan anak

kumpulan : shafiqah,


Sumber resipi : internet
Bahan-bahan ( 2 orang )


• utk tauhu;

• tauhu

• garam dan kunyit

• inti tauhu;

• sengkuang (potong halus memanjang)

• timun (potong halus memanjang)

• lobak merah (potong halsu mamanjang)

• cili merah (potong secara memanjang)

• Kubis (potong halus)

• taugeh

Cara-cara

1. Tauhu; gaulkan garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng sehingga kekuningan

2. Inti; Celurkan semua sayur ke dalam air panas dan toskan. Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu sumbat yang telah di belah tengah, lihat seperti di dalam gambar di atas.

3. Sos; Blend cili merah bersama tomato, gula , cuka dan garam. Siap. **Jika suka masak dulu masaklah sos ini lebih kurang 10-15 minit**

Hidangkan bersama sos cili.

Jumaat, 15 Julai 2011

Nasi ulam -sajian untuk ibu meyusukan anak


Sumber : internet
Bahan-bahan ( 4 orang )


• 600 gm nasi yang telah disejukkan

• 40 gm ikan bilis

• 40 gm bawang merah

• 3 helai daun mengkudu

• 3 helai daun kaduk

• 5 helai daun pegaga

• 5 helai daun ulam raja

• 3 helai daun sekentut

• sebatang serai (diracik halus-halus)

• 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)

• 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.

2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.

3. Mayang bawang merah halus-halus.

4. Ambil nasi yang sejuk.

5. Jika ada yang berketul,pecahkan.

6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.

7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.

8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.