Jumaat, 15 Julai 2011

Nasi ulam -sajian untuk ibu meyusukan anak


Sumber : internet
Bahan-bahan ( 4 orang )


• 600 gm nasi yang telah disejukkan

• 40 gm ikan bilis

• 40 gm bawang merah

• 3 helai daun mengkudu

• 3 helai daun kaduk

• 5 helai daun pegaga

• 5 helai daun ulam raja

• 3 helai daun sekentut

• sebatang serai (diracik halus-halus)

• 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)

• 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.

2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.

3. Mayang bawang merah halus-halus.

4. Ambil nasi yang sejuk.

5. Jika ada yang berketul,pecahkan.

6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.

7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.

8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan