Khamis, 22 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

Alhamdulillah, apa yang dinantikan oleh calon PMR selama ini telahpun berakhir.Keputusan yang dinantikan pada sekeping slip kertas telah ditatap sepuas-puasnya...Ada yang bergembira,ada yang kecewa dan tak kurang juga ada yang tak rasa apa2pun. Namun tahniah diucapkan pada mereka yang telah berusaha sehabis mungkin untuk memperolehi keputusan yang lebih baik dari sebelumnya(percubaan) tak kiralah apa jua prestasi anda.

Bagi keputusan KHB(ERT) tahun ini, walaupun peningkatan peratus lulusnya tidak melonjak dengan banyak.....tapi saya amat bersyukur sangat kerana kualiti memang melepasi target malah ia merupakan pencapaian yang terbaik setakat ini dalam tempoh 13 tahun saya berada di sini.

Berikut adalah keputusannya:
Jumlah calon= 66, sepatutnya =67
Peratus lulus = 87.9%

A = 30 orang (45.5%)
B = 7 orang
C = 13 orang
D = 8 orang
E = 8 orang


Walaupun begitu, saya agak berasa terkilan juga kerana tahun ini juga pelbagai ralat berlaku antaranya berlakunya kesilapan dalam pendaftaran calon ERT (pelajar ini mendaftar sebagai pelajar SPN) dan berlakunya kecuaian semakan kemasukan markah kerja kursus. Pelajar ini adalah calon yang berpindah pusat dan berlaku masalah teknikal.Saya sendiri mengesan markah pelajar ini tidak dimasukkan disaat akhir( bukan tugas saya memasukkan markah pelajar ini) dan saya memberitahu kepada pihak berkenaan dan tindakan pantas telah diambil untuk dimaklumkan kepada LEMBAGA namun akhirnya keputusan pelajar ini tetap sama (tidak melaksanakan kerja kursus). Padahal markah k.kursus pelajar ini amat baik..Mungkin markah kerja kursus inilah yang menyebabkan pelajar ini mendapat E.
Berbalik kepada pelajar yang tersilap mendaftar...saya mengesannya ketika saya memasukkan markah kerja kursusnya.Nama tiada, rupana nama dia berada dalam SPN..Tindakan juga telah diambil oleh pihak berkenaan dan pelajar ini menjawab soalan ERT(mengikut kata Pen.S/U)....namun saya belum dapat memastikan kebenarannya.Akhirnya pada slip keputusannya tercatat SPN......E...JAdi pelajr ini menjadi bukan calon ERT..itulah sebabnya calon menjadi 66 orang sahaja.
Apakah makna semuanya ini.....Salah Lembagakah? yang tidak mengambil sebarang tindakan selepas aduan dibuat atau......berlakunya ketidaksahan yang tidak saya ketahui,,,Apa-apapun saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak....biarlah ini menjadi ikhtibar supaya perkara ini tidak berulang lagi... kerana mangsanya adalah pelajar..Saya sendiri hanya mampu menyemak setakat batas tugasan sebagai pentaksir sahaja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan