Rabu, 21 Disember 2011

Beras

Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:

■Beras gandum/perang
■Beras putih
Beras Putih

Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.

Beras Perang

Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:

■Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
■Mengurangkan kolestrol dalam badan.
■Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
■Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
■Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.

Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

maklumat ini diambil dari sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan