Rabu, 31 Oktober 2012

PENYAMPAIAN HADIAH

TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KEDUA

JUARA KUIZ HARI RAYA

WARKAH DARI 5ERT


Selasa, 30 Oktober 2012

Siapa bakal menerima hamper hadiah ini???

Sepanjang tahun 2012, kuiz ERT telah dilaksanakan di peringkat kelas 5ERT melibatkan 4 kumpulan..Esok adalah hari terakhir kuiz dan penentu siapakah yang bakal mendapat hadiah.....Kuiz ini dilaksanakan dalam waktu P&P mengambil masa yang singkat di akhir kelas. Markah telah dikumpul dari masa ke semasa sehinggalah hari esok. Setiap kumpulan perlu bersaing dan markah yang diperolehi adalah daripada jawapan secara berkumpulan dan juga daripada sumbangan individu untuk kumpulan. Jadi tidak berlaku hanya individu yang bijak sahaja memberi sumbangan markah tetapi penyertaannya melibatkan semua tidak kira pelajar yang cemerlang, sederhana ataupun lemah.

Pada mulanya kuiz ini dibuat  sekadar suka-suka untuk mengelakkan daripada pelajar bosan, namun akhirnya pelajar kian bersemangat apatah lagi cikgu menjanjikan dengan hadiah kepada kumpulan yang terbaik...
Pelajar yang lemah kini menujukkan peningkatan...harap-harap berterusan sampai SPM nanti!
HADIAH TEMPAT PERTAMA

HADIAH TEMPAT KEDUA

HADIAH BONUS- KUIZ HARI RAYA (JUARA)

Dapat minum jus tembikai yang disediakan oleh fareha,suhada, fatihah,farah, masita & ain
(tembikai lebihan amali masak minggu lepas)....cikgu tengah selsema ni...adui...minum je la...dahaga punya pasal.

 
.

Rabu, 24 Oktober 2012

HIDANGAN KERAIAN- MAJLIS AKHIR TAHUN BERSAMA 5 ERT

Hari ini termakbul hajat pelajar 5ERT untuk memasak..setelah asyik tertangguh saja... Mereka bernasib baik kerana guru masa P&P untuk PJ,Sains dan Sejarah merelakan waktu mereka diambil..Waktu ERT nanti pada minggu hadapan Cikgu Rozidi akan ambil semula untuk mengajar sains..Itulah perjanjiannya.
Tema amali kali ini ialah menyediakan hidangan keraian-majlis jamuan akhir tahun, yelah....sesuai dengan masa dan saat ini..5 November pelajar-pelajar ini akan mula menduduki SPM.Inilah saat-saat terakhir mereka akan berada di SMKAI. Jadi saya ucapkan semoga berjaya untuk semua..
 Akhirnya....berjaya juga pelajar 5ERT  menyiapkan cabaran memasak untuk hidangan keraian
Tersenyum puashati....


Amboi khusyuknya...Double F menyiapkan kuih cara berlauk





ayu dan athirah



masita-kalau boleh potong macam kat  hotel tu tau...

thenmoli mana Nirmala..?...dia takut buat amali ke?
fatihah dan ain tukang masak untuk main dish- sayangnya kuali kita kecik, susah nak masak kan...
tahun depan cari stok baru



Guru media, Tn Hj. Abd.Nasir turut hadir meraikan


bersama guru jadual waktu. Pn Sainah & P.Haniza,guru BI










Isnin, 22 Oktober 2012

kursus VLE- satu transformasi

Pada 18 Oktober lepas semua guru SMKAI telah mengikuti kursus VLE yang telah disampaikan oleh Tn Hj Yusuf Azizan dan Puan Hamsaton..dengan dibantu oleh Cik Anis Diyana... Kursus ini mendedahkan kepada guru cara penggunaan blog sebagai medium penyampaian P&P terkini. Kini pelajat boleh akses ke setiap blog guru yang mengajar mereka dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru secara maya...Mungkin tidak lama lagi buku teks dan buku latihan tidak diperlukan lagi.