Rabu, 18 April 2012

GERAI JUALAN PERSATUAN ERT

Hari ini hari kokurikulum.Maka hari ini dijadikan cuti peristiwa...maknanya bukan bercuti semata tetapi cuti daripada menjalni proses P&P....Walaupun hari ini tercipta secara mengejut, namun ianya diambil secara possitif dan semangat tetap ada. Pelbagai program dianjurkan...antaranyapertandingan menggubah,memasak tanpa api, pertandingan permainan& sukaneka serta gerai jualan. Sebagai guru ERT program ini bagaikan lama dinanti kerana kami melibatkan diri dalam aktiviti gerai jualan yang sememngnya sebelum ini (beberapa tahun)hanya badan pengawas sekolah yang boleh berbuat demikian untuk mengumpul dana. Terima kasih pada puan Salmah Iman (PK.KOKO) yang menghidupkan semula aktiviti ini dan secara tidak langsung memberi keadilan kepada semua warga sekolah untuk mendapat peluang yang sama. Alhamdulillah kali ini bukan sahaja guru yang bersemangat tetapi turut mendapat pelajar yang benar-benar komited....Lihat sajalah gambar ini...mereka benar-benar seronok bila diberi peluang begini dan mendapat kepercayaan guru.. Enam orang pelajar ini adalah daripada kelas 5 ERT mewakili Persatuan ERT... Menu jualan ialah Air Kacang Soya dan Dorayaki...semuanya hasil tangan kami...Ternyata lazat dan laris sehingga disaat akhir ada pelanggan yang kecewa tidak dapat membeli..... Inti Dorayaki ada 3 pilihan iaitu jem epal, strawberi dan coklat..Namun coklat menjadi pilihan yang laris.Mungkin dimasa akan datang perlu lebihkan inti coklat..